Sunday, August 18

Kualiti pendidikan

 Assalamualaikum.

Sejak akhir-akhir ni, saya selalu terbaca tentang hantaran di media sosial Facebook tentang kualiti sistem pendidikan di negara kita. Kebanyakannya adalah luahan ketidakpuasan hati dari pihak ibu bapa dan juga di kalangan pendidik. Ada juga yang membuat hantaran berdasarkan fakta dan penyelidikan.

Jadi saya pun terpanggil untuk membuat carian di internet, sebenarnya di mana Malaysia berada dalam kategori pendidikan. Pada mulanya saya membuat carian dan bandingkan Malaysia dengan dunia. Malaysia is nowhere to be seen in the top 10. Jadi saya pun kecil kan lagi carian. Saya bandingkan Malaysia dengan negara-negara Asia yang lain. Baru lah nampak kelibat Malaysia di situ. Tetapi kebanyakannya adalah dari segi pendidikan tinggi iaitu di peringkat universiti. Rupa-rupanya Malaysia ni antara negara yang menjadi pilihan pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pelajaran di Asia. Antara faktor-faktor nya adalah banyak pilihan universiti, (Malaysia mempunyai lebih 30 universiti) kos sara hidup yang agak rendah, dan fasiliti kesihatan.

Tapi kita nak tengok tahap sistem pendidikan negara di peringkat sekolah. Sekolah rendah dan sekolah menengah. Jadi saya kecilkan lagi carian. Malangnya saya tak jumpa apa yang saya nak cari. Mungkin saya perlukan masa yang lebih untuk membuat carian ini kerana kajian agak terhad. Lepastu saya terfikir, macam mana untuk menilai sesuatu sistem pendidikan itu berkualiti? Apa kriteria nya? Kebanyakannya saya tengok adalah untuk pengajian tinggi, tapi tak jumpa untuk peringkat sekolah.

Saya teringat akan Sustainable Development Global (SDG). SDG 4 adalah Quality Education. Prinsip utama SDG 4 adalah ensure inclusive and uquitable quality education and promote lifelong learning opportunities for all. Yang membawa maksud, memastikan kualiti pendidikan yang inklusif dan kesamarataan dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat untuk semua. Di bawah SDG 4 ini ada dinyatakan 10 target uatama iaitu :

  1. Pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah secara percuma
  2. Akses yang samarata untuk kualiti pendidikan di peringkat tadika atau pra-sekolah.
  3. Akses yang samarata untuk pendidikan tinggi, teknikal dan vokasional yang mampu milik.
  4. Meningkatkan kuantiti pelajar yang mempunyai skill yang berkaitan untuk meningkatkan kebolehpasaran di peringkat pekerjaan.
  5. Menghapuskan diskriminasi dalam pendidikan.
  6. Mencapai tahap numerasi dan literasi universal.
  7. Pendidikan untuk pembangunan lestari dan kewarganegaraan global.
  8. Membina dan membaikpulih fasiliti pendidikan di sekolah yang inklusif dan selamat.
  9. Mengembangkan biasiswa di peringkat pendidikan tinggi untuk negara-negara membangun.
  10. Meningkatkan bilangan guru yang berkelayakan di negara-negara membangun.
Konklusinya, saya masih belum jumpa di mana negara Malaysia ditempatkan untuk kategori kualiti pendidikan di peringkat sekolah. Dan saya masih belum jumpa kriteria dalam menentukan kualiti sistem pendidikan di peringkat sekolah untuk sesebuah negara.

Pada pendapat saya, kualiti sistem pendidikan di peringkat sekolah di negara Malaysia adalah okay. Dia tidaklah terlalu hebat, tidaklah terlalu tidak hebat. Masih ada ruang yang boleh diperbaiki. Tapi sebagai seorang rakyat Malaysia yang menerima pendidikan 100% dari sistem pendidikan Malaysia, dari tadika sehingga di peringkat pengajian tinggi, saya boleh katakan, saya berpuas hati dengan sisem pendidikan di Malaysia. Walaubagaimanapun, setiap kali saya melihat video bagaimana susahnya kanak-kanak dan pelajar yang belajar di sekolah pedalaman, saya rasa sedih. Macam mana Malaysia, sebuah negara yang membangun, kita ada KLCC, Merdeka 118, TRX, tapi masih ada rakyat Malaysia yang harus melalui jalan sukar hanya untuk ke sekolah. 

Amalina.

No comments:

Post a Comment

Education experience

Assalamualaikum In today’s entry, I want to share my personal experience regarding education in schools. I went to Malaysia public schools f...